Dewasakini,
penggunaan teknologi tidak dapat disihkan dari kehidupan seharian kita. Dunia
hari ini memandang faktor teknologi dan inovasi adalah kayu pengukur teras
kemajuan sesebuah negara mahupun organisasi. Masakan tidak, teknologi hari ini
mampu meningkatkan kualiti, produktiviti dan seumpamanya hingga ke tahap
optimum.
Dalam era globalisasi kini yang semakin hari semakin jauh menerobos ke
arah dunia tanpa sempadan, teknologi harus menjadi salah satu komponen utama
yang digunapakai oleh setiap individu dalam sesebuah organisasi tidak
terkecuali bagi mereka yang berada dalam profesion kejururawatan. Tidak
mustahil bagi Malaysia untuk memiliki jururawat-jururawat yang celik ICT
sekiranya langkah-langkah ke arah penerapan teknologi dalam profesion mereka di
ambil kira.
Antara
langkah awal bagi melahirkan jururawat celik IT adalah dengan menghantar
kelompok ini menghadiri kursus asas penggunaan komputer. Bunyinya seperti
memperlekehkan jururawat, akan tetapi hakikatnya pada masa kini, Malaysia masih
mempunyai ramai jururawat yang lebih senior dalam perkhidmatan. Penggunaan
teknologi berasakan computer mungkin menjadi batu penghalang utama dalam
mencapai jururawat celik ICT jika kelompok ini tidak diajar tentang kaedah
mengendalikan computer.
Selain
itu, institusi kesihatan harus menggunapakai sistem teknologi yang lebih maju
dan terkini selari dengan peredaran semasa. Seperti contoh, pengaksesan
maklumat pesakit secara atas talian (on-line)
berkaitan dengan ujian-ujian kesihatan pesakit yang telah dilakukan. Hal ini
secara tidak langsung akan membuatkan jururawat belajar dalam mengendalikan
aplikasi teknologi ini. Dengan adanya teknologi seperti ini, maklumat perubatan
pesakit, rekod kesihatan lampau dan sebagainya boleh diakses sendiri dari
computer tanpa perlu pergi ke bahagian Pendaftaran Pesakit. “C-Hets” adalah
system teknologi berkomputer atas talian yang diaplikasikan di PPUKM pada masa kini
yang mempunyai keupayaan mengakses seperti yang telah dinyatakan.
Tambahan
daripada itu, jururawat perlu dihantar untuk menjalani latihan berkenaan sistem
yang digunapakai oleh pihak hospital. Tiada sebarang makna sekiranya teknologi
yang paling sofistikated dan canggih digunapakai oleh sesebuah hospital jika
para jururawat tidak tahu cara bagaimana hendak menggunakannya. Pengetahuan dan
teknologi perlu bergerak seiring bagi mendapatkan hasil yang lebih optimum.
Tidak
tertumpu dengan itu, jururawat sendiri harus proaktif dan meneroka sendiri
teknologi yang ada pada masa kini. Hal ini ekoran daripada perkembangan
teknologi yang semakin bergerak ke hadapan dari hari ke hari. Jika mereka tidak
mengambil inisiatif sendiri, maka sudah pasti langkah menghasilkan jururawat
celik ICT akan terganggu.
Akhir sekali, satu cara yang
mungkin berupaya meningkatkan lagi keupayaan jururawat untuk celik IT
adalah dengan membekalkan “Tablet” atau alat seumpamanya kepada setiap
staf yang bertugas pada satu-satu shif. Apabila alat teknologi
sedemikian dijadikan peralatan atau kelengkapan harian yang wajib bagi
menjalankan rutin wad, secara tidak langsung staf itu sendiri akan
terdorong untuk membiasakan diri dengan teknologi dalam kerjaya harian
mereka seterusnya peningkatkan lagi keupayaan dan pengetahuan mereka
dalam dunia IT.
Nama : Muhammad Muazzam bin Jamaluddin
Nombor Matrik : A 133757
Tahun Pengajian : Tahun 3,Semester II
Fakulti : Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Email : azamj007@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/muazzamjamaluddin
(Muazzam Jamaluddin)
Nama : Muhammad Muazzam bin Jamaluddin
Nombor Matrik : A 133757
Tahun Pengajian : Tahun 3,Semester II
Fakulti : Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Email : azamj007@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/muazzamjamaluddin
(Muazzam Jamaluddin)


0 comments:
Post a Comment